snow ball

Ya Allah, Ku Redha Pemergiannya :)

Assalamualaikum, harini aku berkongsi kisah dekat sini.. aku harap lepas nie korang akan lebih menghargai ibu bapa kaurang :) aku kongsikan bukan untuk mengaibkan tapi untuk dijadikan teladan..

Penghujung 2010, ayahku disahkan menghadapi  Tibi sejenis penyakit untuk perokok tegar.. saat itu mak aku meminta agar ayah aku berhenti merokok.. yes.. exactly my father has stop smoking.. but x lma lepas 2, ayah aku sambung balik tanpa kami semua tahu. Tak lama lepas tu, terbongkar sbb aku dengan adik aku terjumpa bekas rokok tu dlm motosikal ayah aku. tapi demi elakkan mak aku bising and gaduh2 dgn ayah aku, kita orang diam sja.

Awal 2011, ayahku disahkan diebetes. kaki dia semakin parah. and bila smpai tengah tahun 2011, doktor melarang ayah aku dari berjalan banyak sbb kaki dia memang dah terok. Dia rahsiakan dari aku dengan adik sbb tak nak kita orang risau n fokus on study.  Aku ni tinggal dekat asrama, so apa-apa jadi dekat rumah aku tak tahu.

 Satu hari tu, aku demam terok sgt sampai kena balik rumah.  Aku ni anak perempuan, of course ler apa-apa pun dengan ayah, rapat slalo dgn ayah, call ayah, minta apa-apa pun dekat ayah. so bila demam aku call ayah aku minta dtg amik  adik aku lelaki, so apa-apa pun dekat mak je.Dari jauh aku nampak terjengkit-jengkit ayah aku jalan, sbb kaki dia sakit, berkerut2 dahi dia bila berjalan sambil tahan sakit. Sampai rumah, aku nak tidur, tapi aku dengar ada orang buka laci kelam kabut sgt, sbb takut benda yg x elok jadi aku keluar tengok. dari pintu bilik aku nampak ayah aku buka balutan luka dy perlahan.. Ya Allah, masa tu hanya Allah sja yang tahu.. aku lihat ayah tahan sakit sambil sapu ubat, kaki ayah mmg dah parah, darah dgn air bisa bercampur. tapi ayah diam, dia langsung tak minta aku letakkan ubat. Aku keluar nak hulurkan bantuan, tapi ayah ttup luka dia and suruh aku masuk tidur sbb dia cakap aku x sihat. walaupun aku ckap aku nak sapukan ubat dekat luka dia, dia tetap bertegas tak nak. Akhirnya aku mengalah and terus masuk bilik.

 Bila mak aku sampai rumah, dia terkejut tengok aku drumah. Bila aku jwab ayah yang dtg amik.. mak aku diam. Tak lama tu, Mak aku kasi tahu, yang ayah tak sepatutnya berjalan, kalau berjalan lagi teruk.. sebab tu la aku nampak ayah berjengkit-jengkit smpai terok mcm tu. Ya Allah, masa tu tak terhingga kesyukuran aku pada Allah kerana mempunyai seorang bapa yang penyayang mcm dia.

Hujung tahun 2011, ayah aku ditahan di wad, sebab masalah darah. Disebabkan aku sibuk dgn tuisyen sbb persediaan Spm 2012, aku jarang jenguk ayah di hospital. Mak aku cakap, tiap kali dia pergi melawat ayah, mesti ayah tanya aku, sihat tak? macam mana study aku? kdg2 mak aku ckap.. ayah aku rindu sgt dekat aku. Bila dengar tu,  aku putuskan sesibuk mana pun mesti kena pergi melawat ayah. So,  aku minta tolong dekat atuk untuk hantar aku pergi melawat ayah. Masa aku sampai tu, aku nampak ayah tersenyum gembira sangat, seolah-olah hilang semua rasa rindu dia. Bila aku duk sebelah dy, dia pegang tangan aku sambil ckap "Abah rindu kak, lama tak nampak".  aku tahan air mata aku, tak nak la ayah tengok aku sedih. Dia nasihatkan semuanya pada aku.. study elok-elok and then ayah minta aku  ambil lesen motor cepat.. walaupun aku tak nak, ayah setegas-tegasnya minta aku ambil juga sampai kena tengking.  Disebabkan didesak, aku pun ambil la. kata ayah, satu hari nanti mudah untuk aku kemana-mana. ayah aku sanggup bayar berapa pun untuk ambil lesen tu. Masa tu aku pun tak terfikir kenapa la ayah aku memaksa sangat.

Alhamdulillah, seminggu sebelum 2012 menjelma, ayah aku dibenarkan keluar dari hospital. Sampai hari aku daftar masuk balik untuk sesi 2012 sebagai calon spm. Ayah bertegas nak ikut serta untuk hantar aku ke asrama walaupun aku dah larang memandangkan ayah masih lagi belum sihat sepenuhnya. Tapi ayah tetap degil nak hantar aku. Samapi depan asrama, dia semangat keluarkan beg-beg aku dari but kereta. Selesai angkat beg-beg naik kamar, aku turun. Dari jauh aku lihat betapa rancaknya ayah aku bersembang sambil berseleroh dgn ibu bapa lain.

Aku tersenyum. Dalam hati aku terdetik satu perkara "Kalau abah boleh jadi ayah yang terbaik buat aku, kenapa aku tak boleh jadi anak solehah untuk dia". Saat tu aku berazam, solat aku penuh, study more hard and yg penting aku mnx ampun dan maaf dari kedua-dua ibubapa aku and jadi anak yang solehah untuk mereka. Tapi dsebabkan rsa malu nak minta ampun and maaf depan khalayak rmai, aku putuskan untuk minta ampun bila waktu balik rumah nanti, iaitu 2 minggu dari sekarang. Aku salam dan melambai-lambai pada ayahku. aku lihat dia tersenyum, matanya tak lepas memandang aku sampai kereta proton saga hitam berlalu pergi jauh dari kwsan sekolah. Terngiang-ngiang perbuatannya tadi,saat aku menyalam tangannya, dia lantas memegang kepala aku sambil berkata "Ingat pesan abah, kak".

Hari demi hari berlalu, azam aku Alhamdulillah berjalan lancar, solat penuh and study aku makin baik. Sehingga minggu untuk balik, pada hari rabu  aku dengan bersungguh  mengingati setiap azam aku, esspecially azam  aku yang kedua iaitu aku ingin menjadi anak yang solehah dan meminta ampun dari kedua ibu bapa aku. Tiba-tiba dari jauh mak cik pengawal datang dan minta aku segera berkemas. Dalam situasi macam ni, aku hanya cemas dan terus memikirkan apakah yang sedang berlaku. Dari jauh aku nampak pak long, kelam kabut benar dia. Perlahan-lahan dia bersuara.. "Abah masuk ICU" Ya Allah, luruh jantung dan semangat aku.. "Abah koma kak, dah  sehari tak sedar" sambung pak long.


"Ya Allah, siapa sangka hari ayah aku hantar aku masuk asrama tu ialah hari terakhir aku salam
dan kucup tangan ayah, hari tu juga dy sampaikan amanah dan harapannya buat aku. Ayah langsung tak cakap dengan aku, dia cuma pejamkan mata sepanjang masa. Ayah tak bergerak langsung, dia kaku sepanjang masa. yang Mandikan, bagi minum.. segala-galanya mak aku yang uruskan. "Abah, kak minta ampun, kak minta maaf. Abah bangun la, kak tunggu abah. kan kak dah janji nak study elok-elok.Exam UP1 dah nak dekat, abah bangunla bagi semangat dekat kak. Kak janji, result terbaik kak, hadiah buat abah.Bufday abah dah nak dekat. lesen pun kak dah dapat. Abah jangan risau, mana-mana kak nak pergi, tak susahkan ibu pun.Abah bangun tau" aku bisikkan ditelinga ayah aku. Masa tu aku tekadkan diri aku, walau apapun berlaku, aku takkan menangis depan mak and abah aku.

Doktor cadangkan pelbagai insentif untuk pulihkan ayah aku. Ibu cakap abah kena tebuk dekat rengkung. Bila aku tengok mata abah terbuka aku bersyukur sangat2.Tapi sayangnya, ayah langsung tak tengok aku, dia hanya pandang atas saja, badannya masih kaku. Bila dibacakan yaasiin, aku lihat degupan jantungnya makin baik.Namun keadaannya masih sama. Mak minta aku kembali belajar, supaya result aku tak teruk.
Aku focus sepenuhnya demi penuhkan permintaan ayah aku. Bila balik rumah, aku terus pergi melawat ayah. Kadang-kadang risau, sebab degupan jantung ayah tak stabil dan tinggi. Kadang-kadang aku baca yaasiin berulang kali agar ayah dalam keadaan baik dan jantungnya sentiasa dalam keadaan baik. Aku sanggup tidur sampai menggeletar badan sebab air cond, sanggup tidur sampai berbintik-bintik bila aku tidur diluar wad ICU. yang penting aku tak jauh dari ayah.

1/2/2012 jam 10.50 pagi. cikgu minta aku turun ke pejabat. Dari jauh aku nampak pak long. Baju melayu, adik disebelah diam hanya matanya merah termasuk pak long. aku diam dan cuba tenangkan diri dengan menganggap mungkin abah cuma tenat macam selalu. Aku masuk dan kemaskan pakaian aku. Bila aku nak keluar dari pintu asrama, aku dengar perkataan "Meninggal". Aku masih cuba tenangkan diri. lepas urus segala tentang kelaur sementara dari asrama. Aku mendekati pak long, aku lihat shabat-sahabat yang lain sudah mendiamkan diri sambil resah memandang aku. Rai, eleena.. and lain2.. datang dekat and tanya kenapa.. aku tersenyum sambil cakap.. "Abah tenat kot" aku lihat pak long dengan adik diam. Aku kuatkan diri "Pak long, kenapa dengan abah" pak long tak jawab dan ajak aku masuk kereta. Tapi aku ccuma kaku.  Pak long berhenti, "Kalau pak long cakap, kak  kuat tak?". aku cuma mengangguk. "9.10 pagi tadi, Abah dah tak da"  masa tu aku kaku, yg jatuh cuma air mata. kAwan2 yang lain diam, sama-sama jatuhkan air mata, rai dtg dekat, dia tepuk bahu aku, "sabar tau" aku masih diam. Adik datang dekat, lantas memeluk aku and bawa aku berjalan masuk kereta.

 Adik diam, pak long diam." siapa berani cakap dengan ibu, tanya abah nak kebumikan dekat mana? pak long tak kuat" pak long sua telefon bimbitnya. Aku lihat adik diam dan hanya menggeleng sja. Aku faham dia lelaki, kesedihan dia bukan dgn air mata. " Aku ambil and tahan  sekuat-kuatnya rsa sebak.. bila telefon aku dengar suara ibu aku tenang. aku menangis sepuas-puasnya namun aku elakkan teresak-esak takut terseksa arwah. Aku harap, sampai sana nanti, aku  takkan menangis walau setitis pun mcm yang aku janjikan pada diri aku dulu. Bila sampai ja, Alhamdulillah aku dapat mengawal diri aku, aku hanya memandang sekujur tubuh dengan sayu. Selesai mandi, aku terus membaca yaasiin buat abah. MasyaAllah ketenangan yang kau berikan pada hari tu sememangnya bermakna, aku kuat mengerjakan amanah mu, solat sepenuh waktu walaupun haritu, Kau ambil sebahagian penting dalam hidup ku. Saat aku tertidur selepas menunaikan waktu zohor, Arwah abah datang tersenyum padaku. Bila aku bangun, mak datang. "Masa mandikan jenazah" aku diberi peluang untuk mandikan Abah. saat tu aku lihat, berseri-seri wajah ayah sambil tersenyum.

Tapi sampai saat dikapankan, saat bibir aku tepat di pipi arwah, ya Allah betapa beratnya hati aku menahan sebak.. aku mula terfikir.."Ya Allah, saat ini, detik ini, aku adalah anak yatim" Kau berkatilah hidup aku dan keluargaku dibawah perlindungan MUdisaat Kau mengambil mata pencarian dan ketua keluargaku." aku takut dan sedih, bagaimanakah keadaan aku  dan keluargaku selepas ini. Seharian aku tak lalu makan, mujur ada yang nasihatkan.Bila balik rumah ja, MasyaAllah, dugaan menimpa, rumah aku dirompak,. Mak aku lemah semangat, Namun demi anak-anak aku lihat dia tetap membanting tulang tanpa bergantung pada orang lain.Alhamdulillah, hidup kini lebih baik..

" Hamba yang disayangi Allah, pasti akan diuji" aku terima seadaanya cubaan Dia buat aku. Saat aku benar-benar berubah, Dia menguji aku dengan berat. Namun Alhamdulillah, akhirnya aku mengerti erti kesusahan, erti kasih sayang, erti tanggungjwab, erti anak solehah.. 'Allah takkan menguji hambaNya lebih daripada kemampuan Hamba tersebut" dan " setiap ujian, ada hikmahnya"

5 comments:

  1. Cerita awak buat saya menangis, sedihnya mashaAlla, sungguh kuat dan tabah awak menerima dugann Tuhan. Teruskan tersenyum wahai bidadari solehah, capai impianmu. Semoga kamu dan keluarga kamu sentiasa dalam lindungan Allah :')

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Cerita awak buat saya menangis, sedihnya mashaAlla, sungguh kuat dan tabah awak menerima dugann Tuhan. Teruskan tersenyum wahai bidadari solehah, capai impianmu. Semoga kamu dan keluarga kamu sentiasa dalam lindungan Allah :')

    ReplyDelete